Imaleeya Kreatif Network (IKN) adalah perniagaan yang dijalankan secara dalam talian yang merangkumi empat(4) bahagian di dalam operasinya iaitu Imaleeya Karya Novel, Imaleeya Vendor, Imaleeya Design dan Imaleeya IT Services. IKN telah berdaftar secara rasminya bersama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah nombor pendaftaran 002863568-P pada tarikh 17 Julai 2018 bagi menjalankan urus niaga secara di dalam talian. Nama Imaleeya’ pada mulanya tercetus melalui gabungan nama singkatan bagi pemilik perniagaan iaitu Siti Fatimah sebagai ‘Ima’ bersama dengan anak perempuan beliau iaitu Nur Aleeya Akma sebagai ‘Aleeya’. Kreatif Network pula adalah nama yang disertakan bersama bagi membawa maksud sebuah rangkaian yang mempamerkan kreativiti pemilik di dalam penulisan karya novelnya, bakat dalam mereka bentuk design dan minat pemilik terhadap dunia IT.

Selain itu, pemilik IKN yang berlatarbelakangkan pendidikan di dalam bidang IT di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan berpengalaman kerja di beberapa buah syarikat swasta sebagai IT Marketing selama lebih daripada 5 tahun ini juga memberi satu kelebihan kepada beliau dalam menyediakan perkhidmatan latihan belajar komputer, mereka bentuk blog dan website. Imaleeya IT Services yang tersedia di dalam operasi IKN ini juga dapat membantu sesiapa yang ingin membuat blog, website dan belajar menggunakan aplikasi-aplikasi komputer seperti aplikasi Microsoft Office dengan mengikut bajet tertentu dan permintaan semasa client.

Di samping itu, IKN telah melancarkan versi dalam bentuk Website, Facebook dan Instagram bagi memudahkan client melihat sendiri hasil karya & kreativiti yang ada di Imaleeya Karya Novel & Imaleeya Design di samping ber’shooping’ dengan produk-produk pembekal IKN yang dipamerkan di Imaleeya Vendor. IKN juga turut membuka peluang kepada mana-mana pembekal untuk Join-Vendor bersama IKN bagi memperluaskan lagi pemasaran perniagaan mereka (sila rujuk 'Terms'). Imaleeya Kreatif Network kini dengan harapan dapat merealisasikan trademark atau moto perniagaannya iaitu Karya, Inovasi & Kreatif dengan berjaya dan cemerlang dari semasa ke semasa. InsyaAllah.. ✿

Disclaimer

      Imaleeya Kreatif Network (IKN) adalah perniagaan rasmi hak cipta pemilik nama Siti Fatimah Binti Mohd Mera dalam menguruskan perniagaannya secara dalam talian. Pihak kami melarang keras kepada sesiapa yang cuba berniat untuk menduplikasikan perniagaan ini bagi keuntungan peribadi. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang informasi di dalam website ini adalah kepunyaan anda tanpa kami sedari boleh tampil dengan menghubungi pihak kami untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. ✿

✿ Imaleeya Kreatif Network (IKN) ✿

I BUILT MY SITE FOR FREE USING